Tuesday 17 February 2009

VALENTINE : Sebuah Cinta Terlarang

“Abang, kalau saya jadi bulan.Abang jadi apa?”Tanya seorang awek kepada kekasihnya dengan penuh mesra.“Kalau macam tu, abang jadi ultraman sahajalah”Jawab si kekasih dengan penuh confident.“Abang ni kenapa?Ultraman pula jadinya, sepatutnya purnama la”Rasa tidak puas hati si awek itu menimbulkan tanda tanya dalam hatinya.“ultramankan ada bulan di dadanya, nanti sayang tak payah la susah-susah terbang ke angkasa, abangkan ada”Sambil senyum, sang kekasih itu tenang membalas pertanyaan aweknya.
Sebaik sahaja penulis usai membuka kasut bola selepas bermain sepenuh masa pagi semalam bersama teman-teman dari Indonesia, tiba-tiba bahu penulis telah disapa dari belakang oleh seorang teman dari Bandung.Beliau cuba mengajak penulis untuk berdiskusi tentang tarikh tanggal 14hb Febuari, yang menjadi trend muda-mudi menyambut bagaikan berpesta sepanjang hari setiap tahun.Kami berbincang sambil santai, rehatkan diri selepas penat bermandi peluh di atas padang.Mula-mula agak malu untuk bincangkan kerana teman ini, akan tamatkan Masternya tahun ini, semestinya ilmu di gedung simpanannya, lebih baik berbanding penulis.Namun atas dasar ilmu penulis cuba gagahkan untuk berkongsi ilmu yang ada untuk kepentingan umat sejagat.Penulis menyusun kata-kata dalam keadaan tenang nyawa-nyawa bagaikan tersesak menahan kepenatan tadi, dengan menggunakan bahasa arab sebagai bahasa komunikasi, teman membuka bicara dengan persoalan awal ditanya berkenaan isu ‘couple’ semasa alam pertunangan, boleh ke? (semoga ulasan pendek penulis ini dapat memberi erti dalam sama-sama mencari kasih yang tersimpan)
Alam Pertunangan Yang DisalahErtikan
Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya.Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama.Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.
Pendirian penulis berkenaan dengan ‘no couple’ sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri.Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran.Mabuknya melampau-lampau.Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.
Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kawin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik.Macam mana tu?Ye la, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya.Selepas kawin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.
Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik.Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala eropah.Couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibubapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.Itu belum cerita tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa?Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.
“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kawin la.Lu sibuk kenapa bek?” Biasa dengar kan ayat ni?
Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertundung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka.Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, kemudian tidur di sambung kembali antara skrip murahan harian mereka.
Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat.Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Ta’ala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah, sayang Rasul saw, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.
‘Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu’, antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.
Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan.Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang ‘kenal sampai ke dalam kain’ sebelum diijab kabul.
Pastinya kenyatan ini dijawab kembali ;
“alah itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu”. Penulis menggelengkan kepala…
Persoalan cinta sebelum kawin ini merupakan tajuk yang panjang.Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.Macam mana?Anda sebenarnya sudah tahu, tak perlu sebenarnya kepada penjelasan.

Allah Taala berfirman;“Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”el Furqan (25:74)
Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia.Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan darah daging mereka.Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal dek kerana pertukaran nota bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin ‘cinta monyet’.Samada cinta monyet ataupun tidak, terpulang kepada individu untuk menilai.
Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda.Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah benteng ampuh dalam mengawal kerenah cinta anda yang bergelora.Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kawin.Mengapa perlu mencari marah Allah semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.

Mengenal dan Mencari Pasangan Ideal
Kita semua akur dengan selera dan kehendak naluri insan terhadap pasangan idaman.Ada yang menyenaraikan kriteria yang panjang lagi detail untuk dipenuhi oleh bakal teman hidup. Daripada tinggi dan rendah kepada hidung mancung, warna kulit, cara berjalan, air suara, kening lentik, wajah pan asia atau ala-ala eropah, semuanya disenaraikan.Itupun belum memadai apabila negeri tempat tinggal, latar belakang keluarga, tahap pendidikan, hobi, kemahiran dan segala jenis kriteria yang merimaskan untuk dipenuhi. Ada juga yang mensyaratkan perkenalan yang panjang untuk mengenal hati budi bakal pasangan, hinggakan meleret-meleret hubungan berubah menjadi maksiat.Kita sedari bahawa sifat pasangan yang dianjuran Islam merupakan satu thaqafah yang lazim diketahui umum. Bahkan lelaki yang jahat sekalipun biasanya berharap untuk mendapatkan isteri yang solehah. Namun hakikatnya pertimbangan akhlak mulia yang disarankan agama biasanya tewas apabila ukuran fizikal telah mengelabui mata.Lelaki kebiasaannya akan memilih wanita yang cantik walaupun lidahnya menuturkan keinginan mendapatkan isteri yang solehah.Solehah seorang wanita sering kali tewas bila wajah tidak semanis budi.Itu hakikatnya nafsu lelaki. Manakala wanita lebih melihat kepada faktor rupa, material, kerjaya dan kemampuan seorang lelaki melindungnya dalam apa jua keadaan.Lelaki yang penyayang, caring sangat digilai wanita.Di sinilah solehnya seorang lelaki seolah-olah menewaskan romeo, pandai berlakon tika cinta mula berputik.
Allah Taala berfirman;“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?"an Nahl (16:72)
idealisme dalam pemilihan pasangan bukanlah satu halangan bersifat total.Tidak salah untuk mengharapkan calon yang lengkap serba serbi, tetapi dalam mencari dan membuat pilihan kita hendaklah lebih realistik Terlalu mengharapkan ciri-ciri kehendak hati dipenuhi oleh bakal isteri atau suami akan menyukarkan untuk mendapatkan calon yang sesuai. Sebelum membuat pilihan senaraikanlah sifat-sifat calon pilihan anda mengikut keutamaan, bermula daripada yang lebih penting kepada yang kurang.Anda mungkin terpaksa mengorbankan beberapa ciri-ciri tertentu yang kurang penting apabila membuat pilihan, kerana bukan semua manusia sempurna. Contohnya anda mahukan pasangan yang senegeri, putih kulitnya, peramah, ada sarjana muda dalam pengajian, 160cm tinggi dan sebagainya.Anda mungkin akan temui calon yang berkulit putih, senegeri, dan peramah tapi mungkin tingginya tidak seperti yang dihajatkan di samping kelulusan yang tidak seberapa.Tidak mustahil anda menjumpai calon yang hampir menepati kehendak hati, tetapi sememangnya sukar untuk mendapatkan calon yang seratus peratus sempurna. Terkadang kita selayaknya berlaku adil dalam menilai seseorang.Perlu kita muhasabah kelebihan dan kekurangan diri sebelum menilai bakal pasangan yang diharapakan sempurna seraba serbi.Kalau inginkan isteri sehebat Fatimah az Zahra’ ra pastikan anda sebabat Ali k.w.a. Buat lelaki; solehkan dirimu nescaya akan datang wanita solehah untukmu. Untuk wanita; solehahkan dirimu, lelaki soleh pasti menjadi milikmu.
Hajat kita untuk melihat pembinaan masyarakat yang cemerlang hasil daripada tangan yang menghayun buaian juga tangan yang mengalas senjata.Kerosakkan remaja hari ini berpunca dariapada kegagalan ibubapa dalam mendidik jiwa generasi sesuai dengan tuntutan agama dan zaman, tanpa kita nafikan sebab dan punca lain yang pelbagai. Justeru lengkapkan diri dengan segenap aspek perlu sebagai muslim yang cemerlang, bakal ibu dan bapa yang hebat kerana Imam el Ghazali telah berpesan kepada kita bahawa ;
“Pendidikan terhadap anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahiran anak”.Jelasnya, persiapan kita kena hebat lagi mantap, agar anak generasi mendatang semakin hebat.
Bak senikata lagu Wahdana, oleh Adik Wafiq Azizah:
“putaran hidup manusia bagaikan malam yang indah bertemankan bulan purnama”
Kehidupan yang berkekalan hingga kepenghujungnya disaluti keimanan yang menebal, semestinya menjanjikan sebuah kehidupan yang bahagia di suatu tempat yang kekal abadi, iaitu di syurga.

Sunday 15 February 2009

surat saman

disebabkan kesuntukan masa pada perhimpunan pada pagi tadi.sekolah tidak dapat melaksanakan surat saman.surat saman ialah bagi memudahkan guru memasukkan ke dalam e-disiplin.semua pengawas diwajibkan memantau pelajar-pelajar yang salah dari segi keterampilan dan tingkah laku yang tidak mengikut peraturan sekolah.

bahan dalam rokok

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?
Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
Napthylamine (ubat gegat)
Arsenik (racun anai-anai)
Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
Kadmium (terdapat dalam bateri)
DDT (Ubat nyamuk)
Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
Butane (gas yang boleh membunuh)
Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
Hydrogen cyanide (racun)
Toluene (bahan pelarut)
Carbon Monoxide (gas beracun)


Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
Barah paydara: lebih 11 kali ganda
Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Saturday 14 February 2009

merentas daerah kubanng pasu

kejohanan merentas desa telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi di taman tema. SMK Seri Mahawangsa ditugas untuk menyediakan jamuan. nampaknya kali ini smk paya kemunting cemerlang dengan memenangi hampir kesemua kelas keseluruhan
pramu saji kita yang bertugas di taman tema untuk kejohanan merentas desa
pembantu-pembantu yang menyediakan minuman

Friday 13 February 2009

merentas daerah kubanng pasu

akan berlansung pada sabtu 14.2.2009

Thursday 12 February 2009

pelancaran masih ada yang sayang

pelancaran program akan diadakan pada hari ahad ini jam 7.45 pagi ditapak perhimpunan rasmi.
diharap program ini akan membantu dalam perkembangan sahsiah dan pelajaran pelajar smksm

sabtu 14.2.2009 sekolah

pada sabtu ini (14.2.2009) kita akan bersekolah seperti biasa mengikut jadual hari khamis

Tuesday 10 February 2009

sukantara bersambung

sukantara akan diteruskan lagi dengan acara-acara yang telah dijadualkan diharap dapat berjalan lancar

msy masih ada yang sayang

msy akan diadakan esok jam 1.00 tgh semua ajk harap maklum

sukantara


sekarang ini telah berlangsung sukantara sekolah

Monday 9 February 2009

sukantara

esok 10.2.2009 sukantara akan dijalankan semua pelajar dikehendaki hadir untuk mendapatkan mata bagi rumah masing-masing

Sunday 8 February 2009


pelajar 4sn telah dimaklumkan untuk membantu mengemaskini blok ini. maklum balas telah diperolehi. insyaallah blog ini akan menjadi tempat menyampai dan menerima maklumat dari semua warga smksm sedikit masa lagi

Friday 6 February 2009

salam perkenalan

salam perkenalan. blog ini diwujudkan sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat berkaitan sekolah dan pendidikan islam. selain itu ia juga boleh digunakan sebagai tempat percambahan ilmu